Friday, December 25, 2009

Konvensyen Sunnah Kali Ke-5

Tema : Memperkasakan Gerakan Tajdid Di Arus Perdana
Tarikh : 26 Disember 2009 / 9 Muharam 1431 H ( Sabtu )
Tempat : Institut al-Qayyim, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam


Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi :
Abdul Wahab Bahari - 019-4484379
Ustaz Mohd Abdul Kadir - 013-4889954
Jasni bin Jaafar - 019-4482098
Azman Merican - 012-4941088

*Tentatif program ini tertakluk kepada perubahan semasa.







Biografi Imam Asy-Syafie Rahimahullah

Namanya

Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafie bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib (ayah Abdul Muttalib kakek Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam) bin Abdi Manaf. Beliau bertemu nasabnya dengan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam pada Abdi Manaf. Beliau bergelar Nashirul hadis (pembela hadis), kerana kegigihannya dalam membela hadis dan komitmennya untuk mengikuti sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam.[Manaaqib Asy-Syafie, Baihaqi, 1/472]

Kelahiran

Imam Al-Baihaqi menyebutkan, "Imam Asy-Syafie dilahirkan di kota Ghazzah, kemudian dibawa ke Asqalan, lalu dibawa ke Mekah.[Ibid, 2/71]

Ibnu Hajar menambahkan, "Imam Asy-Syafie dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama orang-orang keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah. Ketika usia 10 tahun, beliau dibawa ke Mekah kerana khuatir nasabnya yang mulia akan lenyap".[Tawaali At-Ta'sis, hal. 51]

Perjalanannya Menuntut Ilmu

Dalam usia 7 tahun Imam Asy-Syafie selesai menghafal Al-Qur'an dan usia 10 tahun beliau hafal Al-Muwattha' karya Imam Malik, usia 15 tahun dengan izin gurunya yang bernama Muslim bin Khalid Az-Zanji untuk berfatwa. Beliau juga banyak menghafal syair-syair Huzail. Setelah itu beliau pergi ke Madinah untuk belajar fiqih dari Imam Malik bin Anas hingga Imam Malik wafat tahun 179H, setelah itu beliau belajar dai Sufyan bin 'Uyainah.

Dari hasil menggadaikan rumahnya seharga 16 dinar, Imam Syafie pergi ke Yaman. Kerana ketidakmampuannya beliau bekerja di Yaman sambil belajar dari para ulama-ulama di sana di antaranya Ibnu Abi Yahya dan lainnya.

Ketika itu, di saat pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid terjadi fitnah 'Alawiyyin yang mengakibatkan seluruh 'Alawiyyin terusir dari Yaman termasuk Imam Syafie. Beliau bersama rombongan 'Alawiyyin dibawa ke Irak dengan diikat dan sambil disiksa. Keluar dari penjara Irak beliau belajar dari para ulama-ulama di sana seperti Imam Muhammad bin Al-Hasan.
Ketika pemerintahan Al-Makmun yang dikuasai oleh para ulama ahli kalam dan merebak banyak bidaah, beliau pergi ke Mesir dan beliau membuka halaqah di masjid Amr bin Al-'Ash.


Guru dan Muridnya

Imam Syafie mengambil ilmu dari para ulama di berbagai tempat misalnya di Mekah, Madinah, Kufah, Bashrah, Yaman, Syam dan Mesir. Imam Al-Baihaqi menyebutkan beberapa orang guru Imam Asy-Syafie di antaranya sebagai berikut:

-Di Mekah
• Imam Sufyan bin Uyainah.
• Abdurrahman bin Abu Bakar bin Abdullah bin Abu Mulaikah.
• Ismail bin Abdullah Al-Muqri.
• Muslim bin Khalid Az-Zanji.

-Di Madinah
• Imam Malik bin Anas.
• Abdul Aziz bin Muhammad Ad-Darawirdi.
• Ibrahim bin Sa'ad bin Abdurrahman.
• Muhammad bin Ismail Abu Fudaik.

- Di tempat-tempat yang lain
• Hisyam bin Yusuf Al-Shan'ani.
• Mutharrif bin Mazin Al-Shan'ani.
• Waki' bin Jarrah
• Muhammad bin Hasan Al-Syaibani.

Adapun murid-murid beliau yang terkenal adalah;
• Rabi' bin Sulaiman bin Abdul Jabbar tokoh hadis dan fiqih, menjadi syeikh muazzin di masjid Fusthath.
• Abu Ibrahim Ismail bin Yahya bin Ismail bin Amr bin Muslim Al-Muzani Al-Mishri.
• Abu Yaqub Yusuf bin Yahya Al-Mishri Al-Buwaithi.

Beliau juga bertemu dengan Imam Ahmad bin HambaI dan saling mengambil ilmu antara keduanya.

Karya-karyanya

Imam Syafie memiliki karya penulisan yang banyak sekali, di antaranya yang paling terkenal adalah:
1. Kitab Al-Umm, Kitab fiqih yang terdiri dari empat jilid berisi 128 masalah dan terbahagi ke dalam 40 bab lebih.

2. Kitab Al-Risalah Al-Jadidah, Kitab ini dianggap sebagai induk kitab ushul fiqh yang terdiri dari satu jilid besar yang sudah di-tahqiq oleh Ahmad Syakir.

3. Selain yang dua ini ada beberapa kitab yang dinisbahkan kepada beliau di antaranya kitab Al-Musnad, As-Sunan, Ar-Rad 'ala Al-Barahimiyah dan Mihnatu Imam Asy-Syafie.

Wafatnya

Setelah mengalami penyakit buasir yang menyebabkan keluar darah terus-menerus, Imam Asy-Syafie wafat pada akhir bulan Rajab tahun 204H dan dimakamkan di Mesir.

Wallahu 'A lam.

Dipetik dari :-
Ringkasan Aqidah Dan Manhaj Imam Asy-Syafie Rahimahullah
Ustaz Nurul Mukhlisin Asyrafuddin Lc. M. Ag